Tuesday, 15 April 2014

Beloved husband and son


Thank you for your unconditional love. Your big smiles are my endorphins. For both of you, I love you so much. O Allah, please shower them with happiness. Here and hereafter. 






Insurans untuk anak/ bayi kesayangan


[Pelan Insurans + Medical Card Minimum Lengkap Untuk Anak Kesayangan]


Kedua-dua pelan polisi ini boleh dibeli ketika anak masih dalam kandungan lagi. Ada pilihan perlindungan tambahan untuk komplikasi mengandung/kelahiran.Ini sekadar pelan cadangan yang minimum tetapi cukup lengkap. Jenis-jenis perlindungan dan nilai yang terlibat boleh diubah mengikut kehendak, tapi bergantung juga pada limit yang ditetapkan.


Untuk maklumat lanjut, like facebook page Sahabat Prudential Takaful anda.

Sunday, 13 April 2014

Dapatkan insurans sebelum usia 30 tahun

Better equip ourselves with insurances before we turn 30. Harga premium naik after birthday ke-30, so nanti makin banyak kena splash money every month. Makin tua, makin berisiko, so makin mahal. Sediakan payung sebelum hujan.


Polisi yang dicadangkan untuk orang dewasa 20-30 tahun. Sekadar ingin menunjukkan nilai 

serta perlindungan yang diperoleh dengan anggaran premium ~RM150 sebulan.


Polisi ini mengandungi 9 perkara yang meliputi tiga perkara pokok iaitu:


1) Medical Plan

2) Retirement Plan


3) Income Protection



Like facebook Sahabat Prudential Takaful anda untuk maklumat lanjut.

Friday, 7 March 2014

Tips for writers #1

Sumber: Facebook Lutfi Lukman

Kita rasa semua tanda sengkang tu sama je, tapi ada sekurang-kurangnya 4 jenis yang biasa digunakan. Walaupun nampak lebih kurang, panjang pendek dan tinggi rendahnya berbeza dalam MS Word. Jangan bantai semua guna 'hyphen' je.

1) Sengkang biasa (hyphen) [ - ] Cara masukkan: butang sebelah angka 0 pada keyboard
Penggunaan: Biasa digunakan untuk kata ganda. 
Cth: biri-biri

2) Sengkang tolak (true minus) [ − ] Cara masukkan: Insert > Symbol > Minus Sign.
Penggunaan: Untuk tanda tolak atau negatif. 
Cth: 1 − 2 = −2

3) Sengkang en (en dash) [ – ] Cara masukkan: ALT + 0150
Penggunaan: Biasa digunakan untuk julat atau hubungan
Cth: Diskaun 10–20%. Perjanjian Malaysia–Indonesia.

4) Sengkang em (em dash) [ — ] Cara masukkan: ALT + 0151
Penggunaan: Boleh menggantikan titik bertindih atau kurungan, atau boleh letak bila cakap tak habis (terkedu/terganggu).
Cth: Rai Ahmadlutfi ada dua rutin harian—main dengan Ayah dan muntah atas Mama.
Cth: Rai yang comel—anak kepada Ahmad Lutfi yang hensem—selalu muntah atas mama.
Cth: Mama, I love y—bluekkk. (Kesian Mama :P)

Kongsi dan amal. Pahala ke syurga.

Lutfi Lukman merupakan graduan UIAM dalam bidang Bioteknologi. Beliau mendapat markah 8/9 dalam ujian IELTS pada tahun 2010. Kini beliau bekerja secara 'freelance' sebagai pembaca pruf, penyunting, dan penterjemah. Hasil kerja beliau merangkumi pelbagai bidang seperti sains, kejuruteraan, sains sosial, dan ekonomi, serta melibatkan pelbagai dokumen seperti tesis, artikel, buku, novel dan lain-lain. Beliau boleh dihubungi melalui Facebook atau emel ke illuth@yahoo.com.

Wednesday, 26 February 2014

Introducing Susan Branch


Just be happy, son

What do you expect from your kids? Well, I expect them to live their lives truthfully and happily, enjoy every blissful moments with their beloved, and pursue what they love most

Rai dah hampir 6 bulan. Mama dan ayah bersama Rai hampir setiap masa since kami bekerja dari rumah. You are a very good boy. Kami sangat bertuah dapat jaga Rai. Rai buat mama dan ayah sangat bahagia. And you are one happy boy! Mudah senyum dan ketawa. Kami sangat happy bila Rai tunjuk gusi yang still tak tumbuh gigi tu! 

Rai yang suka tengok cermin

Mama dan ayah berusaha menyediakan persekitaran yang terbaik untuk Rai. Ayah berusaha siang malam cari rezeki untuk kita. Semoga Allah balas segala jasa ayah. Rai beruntung ada ayah yang sangat baik dan penyayang. Ayah suka habiskan masa di rumah bersama mama dan Rai. Buat masa ini, kami tidak mewah, tapi kami sangat mewah dengan kasih sayang. Setiap kali Rai buka mata dari tido, mama/ ayah adalah yang pertama Rai lihat. Hari-hari Rai main dengan mama dan ayah. Penguinstein, Dolphinstein, Bunnystein, teether, dan keceng keceng peneman setia Rai. Macam-macam muka pelik kami buat hanya untuk hiburkan hati Rai. Setiap kali solat, kami tak pernah lupa untuk doakan kegembiraan dan kebahagiaan Rai.

Mama masih lagi mencari ilmu untuk mengajar Rai dari rumah. Banyak ilmu yang mama dapat, dan mama tak sabar nak bermain ilmu-ilmu itu dengan Rai. Ya, kita akan banyak bermain. You will love it, son! Semoga Allah bantu dan permudahkan urusan mama.

Rai, mama dan ayah tak mengharapkan apa-apa balasan dikemudian hari. Kami juga tidak akan letak expectation yang terlalu tinggi. It's OK if you are not the best student in school. Asalkan Rai ada sifat-sifat mahmudah yang mama dan ayah semaikan. Kami akan bantu Rai sedaya mungkin, hinggalah Rai mampu untuk membuat keputusan sendiri. It's OK to make mistakes, asalkan Rai belajar dari kesilapan. Kami mahu Rai hidup gembira dan bahagia, dunia dan juga akhirat. 

Nama timangan di rumah Rai adalah Al-Hafiz. Kami mahu Rai dekat dengan Al-Quran. Hafaz dan menjadi antara orang yang betul-betul beramal dengannya. Banyak yang mama dan ayah kena belajar dalam urusan membesarkan Rai. Kami bukanlah perfect tapi kami akan berusaha untuk memberikan yang terbaik.

Sayang Rai sangat-sangat. Membesar sebagai anak soleh, baik, dan bijak ya :)

Friday, 21 February 2014

Inspirasi bilik tidur bayi daripada kaedah/ falsafah Montessori

I've been a keen follower to many Montessori's mamas out there. Even before Rai was born. Bagi bayi berusia 0-6 bulan, persekitaran bilik tidur adalah sangat penting. For me, after some readings, saya pilih kaedah Montessori sebagai asas penyediaan bilik tidur.

1. Perkara pertama anda perlu tahu adalah apa itu Montessori? Kaedah pendidikan Montessori  yang diilhamkan oleh Dr. Maria Montessori adalah pengajaran berpusatkan kanak-kanak berdasarkan pemerhatian saintifik beliau keatas kanak-kanak dari lahir hinggalah ke usia dewasa. Kaedah ini telah dipraktikkan lebih 100 tahun oleh pelbagai budaya diseluruh dunia. Kaedah Montessori menggambarkan kanak-kanak sebagai subjek/ individu yang secara semulajadi dahagakan pengetahuan dan mampu memulakan pembelajaran jika dibimbing dan disediakan persekitaran pembelajaran yang prihatin. Pendekatan ini memberi nilai kepada jati diri dan perkembangan keseluruhan kanak-kanak tersebut secara fizikal, sosial, emosi, dan juga kognitif. 

2. Untuk menyediakan bilik tidur bayi gaya Montessori, tidak dapat tidak, anda perlu membelanjakan sejumlah wang untuk menyediakan persekitaran yang prihatin. Untuk mengurangkan kos, saya banyak DIY.

3. Elemen-elemen utama yang perlu diletakkan didalam bilik bayi anda:


1. TILAM yang selesa tanpa katil. Montessori sangat menitik beratkan kebebasan pergerakan bayi. Biarkan mereka meniarap, berpusing, terlentang, berguling, menelaah buku Algebra, dan berenang gaya bebas. Tempat tidur yang sempit akan menghadkan pergerakan bayi dan melambatkan perkembangan otot dan deria  proprioceptive. Let them go wild ;) 2. MOBILE. Hang it and they will try to grab it! Klik sini untuk maklumat lanjut. 3. CERMIN. Kanak-kanak adalah sungguh narcissist. OK, exaggerate, tetapi mereka sangat suka melihat wajah mereka di cermin. Rai first time tengok cermin terlopong mulut dia. Amazed tengok dia ada dalam cermin. But the importance is of course to encourage his motor skills. 4. LOW SHELVES. Rak yang rendah untuk letak mainan/ buku supaya bayi boleh tengok, merangkak, dan menuju kearah mainan, buku yang diingini. Jangan bimbang bayi anda tercedera/ luka, because our job is to SUPPORT and GUIDE them, don't leave your baby alone. Mainan/ buku itu juga sebolehnya disusun satu-satu bukannya berlonggok-longgok. Ini untuk mengajar kanak-kanak that everything has its place, place them at their rightful place. Plus it is easier for them untuk pilih mainan yang disukai. 5. SENI. Gantung gambar bewarna warni yang boleh catch their attention. Baby responds best to contrast colour. Anda boleh beli di sini atau just DIY. I prefer DIY. Lets throw some efforts to our little one. 6. LAIN-LAIN. Of course you can put some extra stuff in there, yang diatas hanyalah asas. For me, I am dying to have rocking chair for Rai. Yeeba yeeba andre andre!

4. Here's the best part. Pictures. Klik pautan untuk ke laman sesawang asal. Banyak gambar menarik yang boleh dijadikan inspirasi. These mamas are awesome!








P/S: I need to submit second draft of chapter 1-3. Then, till next time. To all wonderful mamas out there, selamat mengemas rumah :)