Riwayat daripada Abu Sa'id al Khudri r.a. katanya,
"Suatu hari ketika Rasulullah s.a.w keluar pada Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri menuju ke tempat solat dan melalui sekumpulan wanita. Beliau Bersabda: "Wahai kaum wanita, bersedekahlah. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan bahawa kalian adalah majoriti penghuni neraka". Salah seorang wanita yang fasih dan bijak bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah?". Beliau menjawab: "Kalian banyak melaknat dan durhaka terhadap suami. Dan tidaklah aku menyaksikan orang yang memiliki kekurangan akal dan agama yang dapat menghilangkan akal kaum lelaki yang setia daripada salah seorang antara kalian". Mereka bertanya lagi: "Apa yang dimaksudkan dengan kekurangan akal dan agama kami wahai Rasulullah?". Baginda menjawab: "Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan separuh daripada kesaksian seorang lelaki?". Mereka menjawab: "Benar." Baginda berkata lagi: "Bukankah apabila seorang wanita mengalami haid maka mereka tidak melakukan solat dan puasa?". Mereka menjawab: "Benar". Baginda berkata: " Itulah (bukti) kekurangan agamanya".
(Riwayat al-Bukhari no. 298)
Umum mengetahui bahawa lelaki yang soleh akan berdampingan dengan isterinya yang solehah di syurga kelak. Jika anda ingin bahagia di dunia bersama isteri/ suami tersayang, maka berusahalah malakukan amal kebajikan agar anda dapat merasai nikmat yang jauh lebih hebat di syurga nanti.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka dengan penciptaan baru. Dan kami kembali menjadikan mereka gadis-gadis perawan." (Surah Al-Waqiah 56: 35-36).
Secantik apa pun para bidadari ini, namun wanita-wanita Mukminat jauh lebih cantik daripada mereka. Iaitu orang yang membasuh mukanya setiap hari dengan wudhu', melaksanakan solat dan taat akan suaminya demi mencapai keredhaan Allah s.w.t. Satu kisah menarik untuk dikongsi iaitu kisah Ummu al-Darda (nama sebenarnya Hujaimah al-Himyariah). Beliau adalah isteri Abu Darda', seorang sahabat nabi s.a.w yg hidup di Syam. Suatu hari Ummu al-Darda' berdoa dihadapan suaminya, "Ya ALLAH, sesungguhnya Abu Darda' meminangku didunia,lalu aku menikahinya. Maka sekarang aku meminangnya kepada-Mu untuk menjadi suamiku di Syurga."
Sama-sama kita beruasaha untuk menjadi mukmin yang soleh dan solehah.
No comments:
Post a Comment