Wednesday, 19 September 2012

Puasa Ramadhan



Daripada al-Harith al-Asy'ari bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:

"Sesungguhnya perumpamaan bagi orang yang berpuasa itu adalah seperti seorang lelaki yang membawa satu bekas yang terdapat didalamnya kesturi, dan ia berada didalam kelompok manusia, maka mereka itu berasa amat hairan dengan wangian tersebut, (begitu juga) sesungguhnya bau orang yang yang berpuasa di sisi Allah lebih harum daripada wangian kesturi."

(Riwayat al-Tarmizi)

Sabda Rasulullah:

"Apabila masuk bulan Ramadhan, maka dibukan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibelenggu semua syaitan dan iblis."

(Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:

"Sesiapa yang berpuasa pada bula Ramadhan dengan penuh keimananan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah yg diriwayatkan oleh Sahl bin Saad r.a:

"Sesungguhnya didala syurga itu terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang berpuasa kan masuk melalui pintu tersebut pada hari kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama-sama mereka seorang pun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: 'Dimanakah orang yang berpuasa?' Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir daripada mereka masuk, pintu itu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya."

(Riwayat al- Bukhari)

No comments:

Post a Comment