Friday 7 March 2014

Tips for writers #1

Sumber: Facebook Lutfi Lukman

Kita rasa semua tanda sengkang tu sama je, tapi ada sekurang-kurangnya 4 jenis yang biasa digunakan. Walaupun nampak lebih kurang, panjang pendek dan tinggi rendahnya berbeza dalam MS Word. Jangan bantai semua guna 'hyphen' je.

1) Sengkang biasa (hyphen) [ - ] Cara masukkan: butang sebelah angka 0 pada keyboard
Penggunaan: Biasa digunakan untuk kata ganda. 
Cth: biri-biri

2) Sengkang tolak (true minus) [ − ] Cara masukkan: Insert > Symbol > Minus Sign.
Penggunaan: Untuk tanda tolak atau negatif. 
Cth: 1 − 2 = −2

3) Sengkang en (en dash) [ – ] Cara masukkan: ALT + 0150
Penggunaan: Biasa digunakan untuk julat atau hubungan
Cth: Diskaun 10–20%. Perjanjian Malaysia–Indonesia.

4) Sengkang em (em dash) [ — ] Cara masukkan: ALT + 0151
Penggunaan: Boleh menggantikan titik bertindih atau kurungan, atau boleh letak bila cakap tak habis (terkedu/terganggu).
Cth: Rai Ahmadlutfi ada dua rutin harian—main dengan Ayah dan muntah atas Mama.
Cth: Rai yang comel—anak kepada Ahmad Lutfi yang hensem—selalu muntah atas mama.
Cth: Mama, I love y—bluekkk. (Kesian Mama :P)

Kongsi dan amal. Pahala ke syurga.

Lutfi Lukman merupakan graduan UIAM dalam bidang Bioteknologi. Beliau mendapat markah 8/9 dalam ujian IELTS pada tahun 2010. Kini beliau bekerja secara 'freelance' sebagai pembaca pruf, penyunting, dan penterjemah. Hasil kerja beliau merangkumi pelbagai bidang seperti sains, kejuruteraan, sains sosial, dan ekonomi, serta melibatkan pelbagai dokumen seperti tesis, artikel, buku, novel dan lain-lain. Beliau boleh dihubungi melalui Facebook atau emel ke illuth@yahoo.com.

No comments:

Post a Comment